Awang Selamat, dalam analisisnya di akhbar milik UMNO itu berkata, ia disebabkan kes itu kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kes tersebut kini dalam siasatan, untuk apa lagi berdebat. Guan Eng sendiri akan dipanggil oleh SPRM bagi melengkapkan siasatan.
“Biarlah siasatan SPRM dan polis melerai misteri skandal. Bukan lagi dengan dolak dalik dan alih isu pokok. Keadilan dan kebenaran tidak boleh ditentukan dengan lidah semata-mata,” katanya.
Sebelum ini, Abdul Rahman mencabar Guan Eng untuk berdebat mengenai isu tanah Taman Manggis yang didakwanya sudah ditukar milik dan bukan lagi milik syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) kerana dijual kepada pihak ketiga.
Cabaran itu disahut oleh Guan Eng dan RTM serta TV3 juga turut bersedia untuk menyediakan platform debat berkenaan.
Mengulas lanjut, Awang Selamat menyifatkan Guan Eng kini begitu tertekan dan melihat reputasinya terjejas teruk berhubung isu kontroversi pembelian banglo dan tanah di Taman Manggis.
“Belum pernah Awang lihat beliau begitu defensif. Kini Guan Eng hadapi kesukaran pertahankan diri,” katanya.