ADUN Kijang, Wan Ubaidah Omar yang membuat bidasan itu berkata, perkara itu tidak akan berlaku sama sekali, malah menganggap dakwaan Wan Rahim ibarat ‘mimpi disiang hari’ AMANAH Kelantan.
“Tidak akan berlaku (10 ADUN PAS keluar parti), itu ibarat mimpi di siang hari (parti AMANAH),” katanya ringkas kepada FMT menjawab dakwaan Wan Rahim.
Sementara itu Sinar Harian melaporkan, ADUN Tendong, Mohd Rozi Mohamad berkata dakwaan itu sengaja direka dan dilihat sebagai strategi politik pihak tertentu sedangkan situasi sebenar tidak sebagaimana digambarkan.
Malah bagi bekas Pengarah Strategi PAS Kelantan, Abdul Fattah Haron berkata, semua wakil rakyat Kelantan yang ada merupakan mereka yang matang dan jitu dalam politik selain mempunyai pegangan yang kuat.
Ditambah pula mereka terikat dengan baiah.
Katanya, propaganda dan perang saraf yang dilakukan oleh Wan Rahim akhir-akhir ini sudah tidak lagi menyengat kerana ia diselaputi dengan rasa kecewa, cemburu dan dengki dengan kedudukan PAS Kelantan.
Ketika dihubungi FMT, Wan Rahim yang juga bekas speaker Kelantan tetap mempertahankan hujah beliau sebelum ini bahawa PAS Kelantan akan menerima temparan hebat sekirannya parti itu memecat Husam Musa.
Malah ia menganggap kritikan serta serangan yang dibuat pemimpin PAS terhadap dakwaannya itu hanyalah pandangan peribadi.
“Itu hanya pandangan peribadi mereka (pemimpin PAS), saya tetap dengan pendirian saya sebelum ini (bahawa 10 ADUN PAS Kelantan akan keluar parti dan sertai AMANAH) jika Husam dipecat,” katanya.
