KPN disaran semak sumber sebelum bertindak- Pemuda AMANAH

KPN disaran semak sumber sebelum bertindak- Pemuda AMANAH

Shazni setelah menyemak, 'berita' yang dimuatkan ke dalam blog tersebut didapati diambil daripada sebuah 'portal hantu', www.bicara.news.

khalid-abu-bakar_twitter_600_2

PETALING JAYA:Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Khalid Abu Bakar disaran menyemak dahulu sumber maklumat sebelum mengeluarkan sesuatu arahan.

Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata demikian merujuk kepada arahan KPN dalam laman sosial Twitter yang berbunyi, “PCRIC dan Unit Siasatan Khas D5 @PDRMsia ambil tindakan keatas Penghasut ini” dengn memaparkan gambar dirinya dengan pautan daripada blog www.malaysia-today.net.

Dalam kenyataannya kepada FMT, Shazni setelah menyemak, ‘berita’ yang dimuatkan ke dalam blog tersebut didapati diambil daripada sebuah ‘portal hantu’, www.bicara.news.

khalid-twitter2“Portal yang tidak diketahui ‘admin’ serta sebarang alamat ini memberikan ulasan yang sangat jauh terpesong daripada artikel saya di portal Free Malaysia Today.

“Saya sekeras-kerasnya menafikan ulasan fitnah yang dibuat portal www.bicara.news tersebut ke atas artikel saya,” katanya.

Shaniz juga kesal dengan tindakan spontan Khalid yang memberi arahan berdasarkan sumber maklumat yang salah yang mana katanya satu penganiayaan kepada dirinya sebagai warganegara.

“Kaedah ini tidak betul memandangkan isu utama yang dibangkitkan dalam artikel asal adalah GST yang jelas membebankan rakyat sepanjang tempoh setahun ini.

“Saya menganggap ini merupakan satu ugutan bagi mematikan mood penolakan rakyat terhadap Najib dan Barisan Nasional,” ujarnya lagi.

Shazni berharap supaya pihak KPN lebih profesional dalam melaksanakan tugas dan bukannya memberikan arahan di Twitter berdasarkan fitnah daripada ‘portal hantu’ yang tidak diketahui hujung pangkal kebenarannya.

Pada 31 Mac yang lalu, Sazni berkongsi tulisannya dalam FMT bertajuk, ‘Setahun GST: Kita makin senang atau susah?’

Tulisannya itu rata-rata mempersoal kutipan lebih RM30 billion dan jangkaan RM39 billion yang sedang dikutip menerusi GST dan status rakyat yang masih dalam keadaan tertekan.

Dia juga menggesa rakyat supaya menyertai Himpunan #UndurNajib #MansuhGST pada 2 April (hari ini) sebagai tanda tidak puas hati dengan polisi kerajaandan kepimpinan pemerintah politik negara .

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.