PAS Selangor beri lampu hijau sertai demo anti-GST

PAS Selangor beri lampu hijau sertai demo anti-GST

"Ini bukan isu politik, tapi isu rakyat," kata Pesuruhjaya PAS Selangor.

Iskandar-Abdul-Samad_pas_anti-GST_600

KUALA LUMPUR:
Sempena tunjuk perasaan anti-Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) esok, PAS Selangor menyalakan lampu hijau kepada ahlinya yang mahu menyertai demonstrasi itu.

“Isu ini bukan isu politik, tapi isu rakyat. Masalah GST bukan orang PAS sahaja, PKR, DAP juga kena malah, orang UMNO pun kena,” kata Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Samad ketika ditemui pemberita di luar Masjid Al-Azim, hari ini.

Dalam tunjuk perasaan-tunjuk perasaan sebelum ini, PAS dilihat sebagai penggembleng penting memastikan jumlah kehadiran Bumiputera beragama Islam yang besar.

“Kita lakukan bantahan di sini untuk kita ingatkan rakyat betapa zalimnya GST. Yang kita bimbang adalah setelah setahun GST dilaksanakan, rakyat lupa tentang GST. Lebih cepat kita turunkan kerajaan BN, lebih cepat rakyat dapat hidup sejahtera,” ujar beliau lagi.

Dalam demonstrasi yang diadakan, kira-kira 20 orang yang terdiri daripada ahli PAS hadir pada perhimpunan itu bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berlaku.

Demonstrasi anti GST akan bermula esok di empat tempat berkumpul utama iaitu di Masjid Kampung Baru, Jalan Sultan, Pasar Seni serta Sogo, dan sebelum jam 2 petang peserta akan berarak ke Dataran Merdeka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.