Kumpulan 30 orang itu mendesak hanya mahu menyerahkan memorandum kepada ahli DAP berbangsa Cina.
“Kami mahu orang Cina keluar terima memorandum. Kami tak nak orang Melayu terima memo kami, Orang Melayu tak ada kaitan dengan ini.
“Maruah Melayu jangan digadaikan, kita tak nak Melayu jadi barua, kita tak nak Malayu jadi pengkhianat.
“Jangan sampai bangunan ini kita asap (kita bakar),” kata kumpulan tersebut yang berang apabila tidak ada wakil DAP lain yang turun untuk menerima memorandum tersebut.
Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faisal Yusof menunggu kedatangan kumpulan itu dihadapan Ibu Pejabat DAP di Jalan Pudu untuk menerima memorandum itu.
Memorandum itu mendesak Guan Eng bercuti dari jawatan Ketua Menteri bagi memberi ruang kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berhubung pembelian banglo RM2.8 juta yang dibeli di bawah harga pasaran.
Selepas beberapa minit membuat bantahan, kumpulan anti-DAP itu berjaya ditenangkan pihak polis yang membuat kawalan, apabila Ali Tinju bersetuju untuk bersemuka dengan Edry Faizal.
Dalam pertemuan itu, Ali Tinju mendesak Edry membaca setiap tuntutan memorandum yang dibuat, dan menjelaskan tidak berniat untuk bermusuh dengn orang Cina.
Sebaik sahaja memorandum diserah, pihak DAP turut menyerahkan memorandum balas kepada kumpulan itu, namun Ali Tinju enggan menerimanya.
“Kami tak nak baca, kami tak nak terima,” sambil menggumpal memorandum tersebut sebelum bertindak memijaknya.
Selepas hampir sejam berkumpul di hadapan Ibu Pejabat DAP, kumpulan tersebut akhirnya bersurai kira-kira jam 3.20 petang.
