Pengganti Zeti perlu ada kredibiliti – Sukhdave

Pengganti Zeti perlu ada kredibiliti – Sukhdave

Ia merupakan ulasan yang pernah dibuat sebelum ini mengenai calon pengganti Zeti.

sukhdave-singh_zeti_bnm_600_1

KUALA LUMPUR:
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Sukhdave Singh berkata calon yang menggantikan Gabenor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, sama ada luaran atau dalaman, perlu berupaya dan mempunyai kredibiliti untuk menerajui institusi berkenaan.

“Kerajaan akan membuat keputusan mengenainya,” katanya yang dipetik dari Bernama.

Beliau mengetahui bahawa Jawatankuasa Tadbir Urus BNM ada membuat cadangan kepada kerajaan mengenai perkara berkenaan, katanya.

“Saya tidak mengetahui cadangan itu,” katanya.

Kenyataan tersebut adalah bagi menjelaskan ulasan sebelum ini yang dibuat Sukhdave mengenai pengganti Zeti semasa Perbincangan Panel Persatuan Ekonomi Malaysia berkenaan Ekonomi Malaysia hari ini.

Tempoh Zeti sebagai Gabenor BNM akan berakhir pada 30 April ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.