Beliau yang juga Ketua Pemuda BN berkata demikian menjawab dakwaan bahawa sekatan ke atas Mat Sabu itu bagi menghalang pembangkang melebarkan pengaruh politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal diadakan dalam waktu terdekat.
Sebaliknya, beliau berpandangan sekatan itu barangkali angkara ucapan Mat Sabu yang dikatakan tidak menjaga sensitiviti ramai pihak.
“Kalau (ia sekatan ) politik macam mana ada orang bukan politik juga tidak dibenarkan masuk?
“Ibrahim Ali tidak dibenarkan masuk Sarawak, Ridhuan Tee pun tak dibenarkan masuk, adakah Ridhuan Tee terlibat dengan politik?
“Sebab kenyataan dia (Mat Sabu) yang sebenarnya boleh menguris sensitiviti orang Sarawak dan boleh mengganggu gugat keharmonian orang Sarawak; atas sebab itu mungkin kerajaan negeri mengambil tindakan tersebut,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.
Semalam Mat Sabu dihalang memasuki Sarawak atas arahan Pejabat Ketua Menteri sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sibu.
“Jadi kena cermin sendirilah siapa yang dihalang masuk Sarawak supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian antara kaum dan agama; apatah lagi Sarawak ini latar belakangnya begitu kompleks dari segi hubungan kaum dan agama,” tambah Fadillah.
