Majlis perasmian pejabat itu akan dilakukan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 26 Mac ini dan jemputan telahpun disebarkan kepada ahli-ahli PKR di negeri itu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Azmizam Zaman Huri disebut-sebut bakal dilantik menjadi Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM600,000 setahun bagi setiap DUN termasuk kepada DUN pembangkang yang mana dana itu disalurkan kepada Pegawai Penyelaras DUN.
Khalid ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kerajaan Selangor tidak pernah menjawab soalan beliau dalam Dewan Negeri Selangor mengenai perbelanjaan peruntukan itu.
“Saya amat berharap peruntukan tertunggak RM600,000 setahun digunakan sebaiknya untuk rakyat di Pelabuhan Klang,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, pegawai khas kepada Khalid, Faekah Husin ragu-ragu jika peruntukan itu dibelanjakan mengikut tatacara yang betul.
“Kami difahamkan peruntukan seperti baucer Jom Shopping setiap perayaan diserah kepada Pejabat PKR bukan kepada Pejabat Penyelaras DUN yang sah.
“Kita nak tanya kepada Pegawai Kewangan Negeri dan Jabatan Audit Negeri, adakah perkara ini sah dari segi tatacara pembayaran peruntukan ADUN,” katanya.