Remaja didakwa curi telefon di Low Yat diperintah bela diri

Remaja didakwa curi telefon di Low Yat diperintah bela diri

Shahrul Anuar Abdul Aziz diarah membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap anak kepada ibubapa OKU itu.

Shahrul-Anuar_law_600

KUALA LUMPUR:
Remaja yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat diperintahkan oleh Mahkamah Majistret supaya membela diri, selepas Majistret NurAminahtul Mardiah Md Nor memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23, anak kepada seorang ibu yang bisu dan bapa yang pekak, didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, pada 4.47 petang, 11 Julai tahun lalu.

Kejadian itu membawa kepada tunjuk perasaan dan pergaduhan berbaur perkauman di ibu negara.

Shahrul didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguamnya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne memberikan hujahan lisan di hadapan mahkamah.

NurAminahtul menetapkan 12 hingga 14 April untuk memanggil Shahrul untuk membela diri. Shahrul telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah.

Shahrul sebelum ini didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret pada 12 Feb lalu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah pada 12 Julai 2015.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.