DUN Sarawak mungkin bubar dalam masa dua minggu

DUN Sarawak mungkin bubar dalam masa dua minggu

Lantaran Ketua Menteri mencadangkan penamaan dan pengundian pada 18 dan 30 April, namun keputusan akhir terletak pada SPR

Peter-Minos

PETALING JAYA:
Dewan Undangan Negeri Sarawak dijangka dibubarkan dalam masa dua minggu bagi membuka laluan kepada pilihan raya negeri, lapor The Star Online.

Menurut laporan itu, pemimpin Parti Pesaka Bumiputra, Datuk Peter Minos berkata, pembubaran dijangka berlaku minggu hadapan atau minggu pertama April.

Beliau menjelaskan perkembangan ini ekoran Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah mencadangkan tarikh penamaan dan pengundian pada 18 dan 30.

“Pada ketika ini, petunjuknya pilihan raya akan diadakan pada April. Namun SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) akan mengambil kira faktor seperti keselamatan, cuaca dan persiapan, maka tarikh tidak semestinya 18 dan 30 April,” katanya kepada portal itu semalam.

“Ketua Menteri belum sedia memaklumkan perihal pembubaran DUN. Beliau masih perlu menyelesaikan masalah antara empat parti yang bertelingkah mengenai kerusi dan calon,” kata Minos.

Beliau merujuk kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan pecahannya Parti Rakyat Bersatu (UPP), serta Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan pecahannya, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

SUPP dan SPDP, kedua-dua partinya komponen BN, enggan menyerahkan kerusi masing-masing kepada parti-parti pecahan.

Sementara itu, penganalisis politik, Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meramalkan pilihan raya akan diadakan pada Mei.

“Saya fikir pilihan raya barangkali akan diadakan seawalnya pada 7 atau 14 Mei,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.