Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, dua lelaki terbabit diarahkan meninggalkan negara ini mengikut Seksyen 8(3)(h) Akta Imigresen 1959/63.
Menurutnya, polis sudah menghantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya, semalam.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan tiada pertuduhan terhadap dua lelaki terbabit.
“Mereka cuma diarahkan meninggalkan negara ini,” katanya lapor Harian Metro Online.
Sabtu lalu, dua wartawan Australia Eroglu Levent dan Linton Joshua Besser ditangkap di Kota Sentosa, di sini kerana gagal mematuhi arahan polis dan merempuh kawalan keselamatan ketika lawatan Perdana Menteri.
Mereka dibebaskan dengan jaminan polis sebaik keterangan diambil dan mereka disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
