
Pandangan itu diberikan oleh Pengarah Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim.
Ia susulan daripada kelantangan pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim berkaitan kemajuan sukan bola sepak negara.
Menerusi sebuah rakaman di laman portal Mstar Online Teong Kim berkata, apa yang dilakukan oleh TMJ itu adalah sesuatu yang bagus dan mampu membangunkan bola sepak di negara ini.
“Namun malangnya, hanya Johor satu-satunya pasukan di Malaysia yang serius untuk melihat bola sepak yang dipanggil pekerjaan `profesional’,” katanya.
Johor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai pelan pembangunan dan memiliki perancangan untuk mengadakan akademi bola sepak serta padang sendiri.
https://www.youtube.com/watch?v=Cjl50W20f8I