PAS: ‘Jalur ketiga’ penting agar keputusan berpihak pada rakyat

PAS: ‘Jalur ketiga’ penting agar keputusan berpihak pada rakyat

"Faktornya bukan Najib semata-mata, tetapi tentang sistem urus tadbir negara yang tidak memberi jaminan mana-mana pihak akan mentadbir dengan telus."

Dr-Mohd-Zuhdi-Marzuki--pas--2

PETALING JAYA:
Kewujudan ‘jalur ketiga’ penting dalam memastikan kerajaan sentiasa membuat keputusan yang berpihak kepada rakyat.

 

Demikian kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyangkal kenyataan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong yang menganggap PAS dan ‘jalur ketiga’ tidak akan memainkan faktor penting dalam PRU ke-14, memandangkan ia adalah pertembungan antara pihak pro-Najib dengan anti-Najib.

“Misalnya projek penambakan laut di Pulau Pinang, walaupun dibantah banyak NGO dan malah ADUN pihak kerajaan sendiri, ia tetap diteruskan.

“Tetapi dengan adanya jalur ketiga, katanya lagi, parti yang akan membentuk kerajaan perlu bergabung dengan pihak tersebut dan tidak lagi boleh membuat keputusan secara sendiri.

“Inilah yang PAS cuba bawakan. Apabila rakyat dapat memahami perkara ini, mereka akan melihat hal yang lebih besar dan tidak lagi terperangkap dengan sentimen anti-Najib semata,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan PAS menerusi ‘jalur ketiga’  turut  mahu membawa agenda yang lebih besar pada Pilihanraya Umum ke-14 iaitu untuk mengubah sistem sedia ada, bukan sekadar menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Faktornya bukan Najib semata-mata, tetapi sistem urus tadbir negara yang tidak memberi jaminan mana-mana pihak akan mentadbir dengan telus.

“Mungkin Chin Tong hanya nampak pertembungan pro-Najib dan anti-Najib, tetapi PAS mahu membawa perubahan sistem secara keseluruhan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Zuhdi mendakwa sistem sedia ada membuka ruang yang luas untuk mana-mana pihak menyalahgunakan kuasa, selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghakis unsur pemisahan kuasa serta semak dan imbang ketika mentadbir negara.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.