Haramkan penggunaan antibiotik dalam makanan ternakan – CAP

Haramkan penggunaan antibiotik dalam makanan ternakan – CAP

Ini berikutan penggunaan antibiotik dalam makanan ternakan dilihat kurang berkesan dalam melawan penyakit hingga menimbulkan krisis kesihatan awam di seluruh dunia

Mohamed-Idris_antibiotics_600

PETALING JAYA:
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan dan Pertanian untuk mengharamkan pengguaan .antibiotik dalam makanan ternakan

Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata gesaan itu dibuat berikutan penggunaan antibiotik dalam makanan ternakan dilihat kurang berkesan dalam melawan penyakit hingga menimbulkan krisis kesihatan awam di seluruh dunia.

“Bersempena dengan Hari Hak Pengguna Sedunia, CAP menggesa pihak berkuasa mengharamkan penggunaan antibiotik dalam makanan ternakan.

“Kami juga menggesa rangkaian makanan segera supaya berhenti daripada menghidangkan daging yang diperolehi daripada haiwan ladang yang diberikan antibiotik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Idris turut meminta pihak berkuasa mengharamkan antibiotik dalam makanan ternakan seperti dilaksanakan negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Selain itu langkah-langkah lain turut disarankan ialah sistem kebangsaan perlu dibentuk untuk memantau penggunaan dan penyalahgunaan antibiotik.

“Antibiotik dalam makanan haiwan dan mendidik serta melatih penternak mengenai penggunaan antibiotik yang betul,” tambahnya.

Katanya, jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan, kekebalan terhadap antibiotik akan membunuh 10 juta nyawa setahun pada 2050 dan Ia dijangka membunuh 4.73 juta orang di Asia sahaja.

“CAP turut menasihati pengguna agar tidak mengunjungi rangkaian makanan segera yang masih belum menghentikan penggunaan daging haiwan ternakan yang diberi antibiotik.

“Untuk mengurangkan pendedahan kepada sisa antibiotik dan bakteria kebal antibiotik, pengguna dinasihatkan mengelak daripada memakan makanan segera di samping mengurangkan makan daging,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.