Tak mungkin PAS bergabung dengan kami – PSM

Tak mungkin PAS bergabung dengan kami – PSM

PSM dan ISMA juga menolak tanggapan akan bergabung dengan PAS untuk membentuk blok pembangkang baharu atau kuasa ketiga.

Sivarajan-Arumugam_psm_pas_600

PETALING JAYA :
Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan cakap-cakap bahawa parti itu akan bersama-sama PAS bagi membentuk blok pembangkang baharu atau kuasa ketiga.

Setiausaha Agung PSM, Sivarajan Arumugan berkata, tidak mungkin parti Islam seperti PAS mahu bergabung dengan PSM.

“Tak mungkin parti Islam nak bergabung dengan kita. Tak mungkin. Kita pun tak tahu PAS mahu bergabung dengan siapa,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddun Hassan yang mengumumkan parti itu akan membentuk blok baharu pembangkang pada 16 Mac, menjadikan kumpulan itu blok pakatan pembangkang ketiga di negara ini.

Dalam pada itu, Sivarajan turut ditanya adakah parti itu mahu atau akan bergabung dengan mana-mana parti.

“Dua tahun yang lepas, kita bentuk gabungan kiri. Tapi gabungan kiri itu bukannya untuk pilihan raya ..tapi dia sebenarnya kumpulan dengan individu-individu lain yang kita usahakan (untuk) perjuangkan isu-isu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik memberitahu FMT, pihaknya tidak mendapat maklumat ura-ra PAS merancang bergabung dengan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Tak tahu..tak dapat maklumat,” katanya.

Pada tahun 2013, ISMA bertanding tujuh kerusi Parlimen dan dua DUN atas tiket BERJASA- parti serpihan PAS. Namun, kesemua calon itu kalah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.