Saya sanggup jadi ‘lilin yang membakar diri’ – Muhyiddin

Saya sanggup jadi ‘lilin yang membakar diri’ – Muhyiddin

Beliau mengaku apa yang dilakukan sekarang adalah untuk 'saham akhirat' kerana dunia ini hanyalah sementara.

muhyiddin_umno_600

PETALING JAYA :
“Saya sanggup menjadi ‘lilin yang membakar diri’ untuk menyelamatkan situasi yang berlaku dalam UMNO daripada berdiam diri bersyubhah (bersubahat) dengan perbuatan kemungkaran”.

Itu kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengambarkan perjuangannya menyelamatkan rakyat dan negara.

Katanya, tiada siapa akan sanggup mengaku bertanggungjawab jika parti UMNO tenggelam dan mengalami kekalahan sekaligus kehilangan kuasa.

Jelasnya, setidak-tidaknya kelantangan beliau mampu menyedarkan parti itu untuk terus berada pada landasan yang sebenar.

“Setidak-tidaknya saya kata waktu itu saya telah buat (tetapi) kamu tidak mahu dengar kata saya.

“Kamu biarkan beliau (Najib Razak) berkuasa inilah jadinya saya bukan orang kata buat jangkaan jauh tapi saya boleh baca dan melihat keadaan bagaimana boleh berlaku dalam tempoh PRU akan datang,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan, beliau tidak boleh berdiam diri walaupun dicerca dan jawatan digantung.

“‘It’s ok (tidak mengapa) mereka hendak gantung saya, sepatutnya saya bukan orang yang digantung atau pun nak dipecat bagi saya, saya patut orang terakhir yang dilakukan sedemikian.

“Adanya orang buat mungkar bukan saya yang harus dihadap ke Lembaga Disiplin orang itu patut bertanggungjawab di atas kerosakan berlaku,” katanya.

Menurut Muhyiddin, apa yang dilakukan kini adalah untuk ‘saham akhirat’ kerana dunia ini hanyalah sementara.

“Saya tidak takut dengan langkah saya ini…ini soal duniawi hidup hanya sementara, apa yang penting akhirat. Sementara hidup berjuanglah, walaupun kita menjadi mangsa, saya bersedia untuk hadapi segala kemungkinan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.