
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga berkata, tuhan tidak pernah meminta atau menyuruh sesiapa menaikkan dan menurunkan harga barangan.
“Saya hendak beritahu, tuhan tidak pernah pun menyuruh sesiapa menaikkan harga atau menurunkan harga.
“Yang masalahnya, mereka yang tidak percaya dengan tuhan yang selalu akan naikkan, yang percaya pada tuhan selalunya dia akan mengikut amalan-amalan yang beretika dan tidak akan naik harga,” katanya sewaktu sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
Hamzah berkata demikian bagi menjwab pertanyaan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang bertanya adakah kenaikkan harga barangan kini terserah di ‘tangan tuhan’.
“Adakah harga naik ini di tangan tuhan, dan apakah tindakan berkesan yang akan diambil selain daripada mahkamah khusus dan jawapan panjang lebar dalam dewan untuk integriti dan disiplin 2,000 penguatkuasa,” soal Ahli Parlimen veteran DAP itu.
Sementara itu, Hamzah ketika diminta untuk memberi penjelasan mengenai kenyataannya itu menyatakan peniaga yang beretika tidak akan menaikkan harga sesuka hati berkata,
“Setiap peniaga perlu ada etika dan ia amat diperlukan supaya wujud keseimbangan diantara ekonomi tempatan dan juga pengguna.
” Kalau tidak seimbang, jangan sampai pengguna merasakan mereka ditipu peniaga yang ambil keuntungan secara berlebihan sehingga pengguna tidak beli, sekaligus menyebabkan peniaga rugi.
“Saya mahu peniaga ada sikap etika kepada pengguna agar senang kempen jual barang dilakukan dan tidak timbul soalan tuhan yang naikkan harga,” kata beliau.
Mengulas mengenai soalan dari Seng Giaw itu, Hamzah menyatakan pertanyaan tersebut bukanlah satu pertanyaan yang kelakar.
“Ia tidak kelakar. Saya sudab menjawab di dalam al-Quran dalam Surah Al-A’Araf, peniaga tidak ambil keuntungan yang berlebihan perlu timbang, dan pengguna juga tidak kena tipu,” katanya.