“Tidak, ia tidak penting. Jangan libatkan saya dalam hal-hal yang mengarut ini,” katanya ketika diaju soalan oleh pemberita mengenai kewajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat dari UMNO.
Jelas veteran UMNO itu, terserah kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk mengambil keputusan sama ada menggantung atau memecat kedua-dua pemimpin parti Melayu itu.
“Saya hanya ahli UMNO biasa sahaja. Anda tanya mereka. Benda ini tidak penting bagi saya,” ujarnya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebelum ini mencadangkan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat dari UMNO memandangkan Deklarasi Rakyat itu bercanggah dasar dan prinsip UMNO.