Pasti itulah yang menjadi tanda-tanya kebanyakan netizen selepas melihat gambar kedua-duanya yang dimuat nak laman Facebook Johor Southern Tigers 24 Februari lalu.
Menurut laporan Channel NewsAsia, pertemuan itu bertempat di Singapura, apabila bekas jurulatih Chelsea ke negara seberang tambak itu atas sebab ‘bisnes dan komersial’.
Mourinho datang ke negara itu atas sebab ‘bisnes dan komersial’. Beliau juga sempat berkunjung ke NorthLight School dan memberikan ucapan selama 15 minit kepada pelajar di sana.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Kapten Mohd Fahmy Bin Yahya dalam kenyataan di laman Facebook itu menyifatkan ia adalah satu pertemuaan antara “dua insan istimewa”.
“Tidak ada yang lebih baik daripada pertemuan baginda (TMJ) dengan insan istimewa (the special one), Jose Mourinho untuk berbincang dan berkongsi pendapat bagi memajukan kelab JDT,” katanya.
