Apa jadi janji tiada papan iklan politik di Selangor?

Apa jadi janji tiada papan iklan politik di Selangor?

EXCO pernah janji papan iklan berunsur politik tidak boleh dinaikkan dalam negeri itu.

rahman-ronnie
KUALA LUMPUR: Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mendesak kerajaan Selangor supaya menjelaskan kewujudkan papan-papan iklan #BEBASANWAR di beberapa kawasan dalam negeri itu.

Menteri Kesejaheteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata bekas EXCO Ronnie Liu Tian Khiew sebellum ini pernah berjanji papan iklan berunsur politik tidak boleh dinaikkan dalam negeri itu namun janji itu nampaknya telah dilanggar.

“Liu (Tian Khiew) pernah berkata beliau tidak akan benarkan pihak berkuasa tempatan menaikkan sebarang papan iklan atau kenyataan berunsur politik. Saya mahu EXCO memegang janji kmereka dan mengarahkan PBT untuk tidak membenarkan kemudahan mereka digunakan untuk tujuan politik,” kata Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian mengulas papan-papan iklan #BEBASANWAR yang kini melata di Selangor, di satu sidang media seusai pelancaran Hari Terbuka Makmal Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

UMNO Selangor sebelum ini membuat laporan polis berhubung papan-papan iklan itu yang tertera perkataan seperti #TAHANANPOLITIK dan #BEBASRAKYAT #BEBASANWAR, dan dinaikkan di kawasan seperti Kepong, Ampang Jaya, Ampang Point dan Rawang.

“Mengapa dan bagaimana pihak berkuasa tempatan bersetuju untuk menaikkan papan iklan sebegitu?” kata Ketua Penerangannya, Zein Isma Ismail.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.