RM40,000 wang ehsan banjir YBUDR dicuri

RM40,000 wang ehsan banjir YBUDR dicuri

Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Ismail Saffian Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) mengesahkan perkara itu semalam selepas menyedari wang sebanyak RM500 yang diletakkan dalam setiap satu dari 80 sampul hilang pada 18 Sept lalu.

Datuk-Ismail-Saffian-,ybudr

PETALING JAYA:
Wang bantuan ehsan banjir sebanyak RM40,000 dicuri daripada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Ismail Saffian Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) mengesahkan perkara itu semalam selepas menyedari wang sebanyak RM500 yang diletakkan dalam setiap satu dari 80 sampul hilang pada 18 Sept lalu.

“Laporan laporan polis dibuat tiga hari kemudian dan kes berkenaan masih lagi dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.

Wang bantuan daripada kerajaan negeri Perak itu diagihkan kepada 9,273 penerima dengan senarai penerima dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan bantuan tersebut telah diagihkan sepenuhnya.

Ismail berkata demikian mengulas kenyataan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak berhubung kehilangan wang tersebut pada sidang media pada Selasa.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Negeri Mohd Fitri Asmuni berkata YBUDR perlu memperjelaskan mengenai kehilangan wang yang diuruskan oleh yayasan itu.

Beliau mendakwa lanjutan daripada kehilangan wang tersebut pada 7 Nov 2015, tiga pegawai YBUDR dan seorang pengawal keselamatan di yayasan itu direman.

“Mengikut kefahaman saya suspek yang direman telah dilepaskan dan saya percaya sehingga hari ini (Selasa) tiada pendakwaan dilakukan terhadap mereka.

“Sekiranya ada, siapa orang yang didakwa itu dan kenapa dua laporan polis dibuat dan satu daripadanya dibuat oleh pegawai tertinggi YBU.

“Mengikut laporan yang kami terima, benarkah sebahagian wang yang hilang itu sebenarnya disimpan dalam bilik pegawai tertinggi YBU?.

“Jika benar adakah siasatan terperinci telah dijalankan terhadap pegawai tertinggi itu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.