Kejadian berlaku di ibu negara Kenya, Nairobi apabila kemarahan pemandu perkhidmatan awam dan persendirian di negara itu memuncak ekoran perkhidmatan Uber yang semakin menjadi pilihan pengguna.
Difahamkan, penawar perkhidmatan Uber di dunia menerima pelbagai ancaman daripada pemandu teksi dan kenderaan awam yang lain kerana ia menjejaskan pendapatan mereka.
Menurut pegawai polis Nairobi Japheth Koome, kumpulan lelaki itu menyerang pemandu Uber dengan menuang petrol ke keretanya selain menyerang pemandu itu.
“Pemandu itu dapat menyelamatkan diri bagaimanapun menghadapi kecederaan. Kami sedang memburu kumpulan lelaki itu dan percaya akan menangkap mereka berdasarkan maklumat nombor pendaftaran kenderaan mereka,” katanya.
Manakala, pihak Uber bersedia memberikan sokongan penuh kepada pemanduberkenaan di samping kerjasama kepada pihak berkuasa.
Pemandu awam dan teksi negara itu pernah mengancam akan melumpuhkan sistem pengangkutan perkhidmatan Uber jika tidak diharamkan oleh kerajaan Nairobi kerana tambangnya yang jauh lebih murah menyebabkan mereka hilang punca pendapatan.
Bagaimanapun, kerajaan negara itu menolak desakan tersebut.