Melayu lebih bijak memilih pemimpin negara

Melayu lebih bijak memilih pemimpin negara

Sikap berhati-hati dan pendirian teguh orang Melayu dalam memilih pemimpin menyebabkan ada pemimpin politik kecewa dan menganggap Melayu bodoh.

prof-dr-ibrahim-abu-shah-melayu

PETALING JAYA:
Orang Melayu lebih bijak berbanding kaum lain dalam memililh pemimpin untuk menerajui negara, kata Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah.

Katanya, dengan kebijaksanaan itulah orang Melayu menolak untuk menyokong kumpulan-kumpulan yang menjadi tunggangan kepada pihak lain.

Pengerusi Yayasan Minda itu berkata, sikap berhati-hati dan penderian teguh orang Melayu itu sukar untuk dileraikan sehingga ada pemimpin politik yang mengecam orang Melayu sebagai bodoh.

“Saya percaya kenyataan begitu disebabkan terlalu emosional sehingga jadi tidak rasional kerana kecewa dalam politik. Beliau (Mohamad Sabu) mesti faham, bukan soal Melayu bodoh, tapi sebab Melayu cerdiklah.

“Itu sebab dia hendak Melayu sokong AMANAH barulah Melayu cerdik. Tak betullah tu. Orang Melayu pun boleh fikir, tengok apa yang mereka buat? Apa jasa mereka kepada negara? Tidak ada, menyusahkan adalah,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengulas kenyataan Mohamad Sabu yang menuduh Melayu khususnya kelas pertengahan sebagai bodoh, bangang dan bahalol kerana menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

Presiden AMANAH itu dilaporkan membuat kenyataan itu pada Sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Harapan di Sungai Petani, baru-baru ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.