Azmin tidak wajar tegur Lim Guan Eng – AMANAH

Azmin tidak wajar tegur Lim Guan Eng – AMANAH

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak sepatutnya mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang. Ahli Jawatankuasa Kerja Parti Amanah Negara (AMANAH), Saari Sungib berkata, perselisihan faham antara Azmin dengan Lim Guan Eng berhubung pengguguran dua wakil PKR Pulau Pinang daripada lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (LGC) akan menjejaskan pandangan rakyat...

Saari-Sungib-azmin

PETALING JAYA:
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak sepatutnya mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

Ahli Jawatankuasa Kerja Parti Amanah Negara (AMANAH), Saari Sungib berkata, perselisihan faham antara Azmin dengan Lim Guan Eng berhubung pengguguran dua wakil PKR Pulau Pinang daripada lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (LGC) akan menjejaskan pandangan rakyat terhadap Pakatan Harapan.

“Saya rasa mungkin pendapat Azmin dari segi parti tapi dia kena dahulukan diri dia sebagai Menteri Besar dan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, tetapi dari segi Pakatan Harapan tak cantik la.

“(Adakah tindakan Azmin itu sepatutnya berlaku?) sebaik-baiknya tidak patut berlaku,” katanya kepada FMT.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Ndegeri (ADUN) Hulu Kelang mencadangkan supaya perkara sama melibatkan perbezaan pendapat sesama pemimpin pembangkang terutamanya Pakatan Harapan tidak lagi berulang.

“Jadi saya mencadangkan agar tidak diteruskan lagi (perselisihan faham). Kalau perlu Majlis Presiden Pakatan Harapan bertemu dan menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Sebelum ini dalam kongres Pakatan Harapan telah ditetapkan beberapa peraturan, sebarang pandangan dan perbezaan hendaklah diselesaikan secara tertutup. Saya harap Majlis Pakatan Harapan menyelesaikan masalah yang berlaku untuk mengelak kekeliruan di kalangan rakyat,” katanya.

Sementara itu, ADUN Sekincan, Ng Sue Lim berkata, perselisihan faham antara Azmin dan Guan Eng merupakan perkara biasa, malah, ia tidak perlu diperbesarkan.

“Ia perkara biasa, setiap pemimpin kadang-kadang mempunyai perbezaan pandangan malah ia tidaklah membawa kepada perpecahan parti,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.