Beliau berkata, ia selepas mengambil kira harga minyak global dan keadaan ekonomi dunia buat masa ini.
“Ini berita baik, walaupun dengan harga minyak dan keadaan dunia pada masa sekarang, kita berjaya (mencatat pertumbuhan) yang baik, terutama di rantau ini.
“Kita akan melihat sama ada ia berjaya dikekalkan,” katanya ketika ditemui wartawan selepas majlis pelancaran projek ‘A Centre of Excellence’ (ACE) di Bukit Perdana, hari ini.
Ketika diminta mengulas pertumbuhan yang perlahan berbanding tahun sebelumnya, Azman berkata keadaan itu berlaku di seluruh dunia.
“Lihat keadaan dunia, semuanya (mencatatkan pertumbuhan) yang perlahan, malah ada yang negatif seperti Jepun. Jadi pertumbuhan lima peratus adalah baik.
Beliau juga menjangka Malaysia mampu mencatatkan pertumbuhan yang serupa untuk tahun ini.
“(Ekonomi) kita pelbagai, minyak hanya 10 peratus sahaja. Industri lain seperti perbankan amat ‘cair’ (liquid). Keadaan tidak statik (things are moving),” katanya lagi.
Menurut laporan The Star Online semalam, Bank Negara Malaysia mengumumkan Malaysia mencatatkan pertumbuhan lima peratus bagi 2015 selepas dikuatkan oleh sektor perkilangan, lebih tinggi berbanding ramalan pakar ekonomi 4.9 peratus.
