Presiden RAPAT, A Rajaretinam membuat dakwaan itu ketika menyanggah cadangan Putrajaya mengimport 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini untuk mengisi kekurangan tenaga buruh.
Dihubungi FMT, Das berkata dakwaan tu tidak berasas sekiranya dinyatakan tanpa bukti.
“Sekiranya ada bukti kukuh menyokong dakwaan itu, maka tindakan tegas boleh dan perlu diambil,” katanya. “Namun, selain daripada dakwaan tanpa asas itu, saya fikir tidak adil beliau membuat kenyataan yang mengitlak (generalized) pekerja asing.”
Beliau menambah penderaan merupakan jenayah yang serius samada ia dilakukan oleh orang asing mahupun tempatan.
“Rajaretinam harus menampilkan fakta dan perincian,” katanya. “Sekiranya dakwaan beliau itu berasas, Tenaganita akan turut mengangkat kes ini. Namun tanpa bukti, kenyataan beliau itu tidak punyai nilai.”
Das berkata pemerintah pertama-tama sekali mengimport pekerja asing sekitar 1980an dalam usaha untuk membantu negara-negara Muslim dunia ketiga lain disamping memenuhi permintaan tenaga buruh dikala warga tempatan maju ke kerja-kerja yang lebih baik.
“Lihatlah keadaannya hari ini dan tanya apakah kita membantu saudara Islam kita atau kita memperguna dan dalam masa yang sama mempidana (criminalising) mereka,” katanya.
