Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahim mengenepikan hukuman 12 penjara yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada September 2014 dan menggantikannya dengan denda RM5,000.
“Akta Hasutan telah pun dipinda dan pengertian ‘kecenderungan menghasut’ tidak lagi merangkumi pihak ‘kerajaan’ dan juga pembangkitan ‘perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri’.
“Oleh itu ia bukan lagi kesalahan hasutan,” kata GHAH dalam satu kenyataan hari ini.
GHAH juga menggesa Peguam Negara agar mengkaji semula semua pertuduhan di bawah Akta Hasutan, kerana “kebanyakannya berkaitan ‘kerajaan’ dan ‘pentadbiran keadilan’ yang sudah dipinda”.
Adam Adli didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan pada forum bertarikh 13 Mei 2013 dengan berkata “pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan melakukannya”.
Walaupun menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi mengenepikan hukuman penjara itu, NGO itu berasa kecewa kerana sabitan bersalah dikekalkan.