Tak perlu heboh pasal ahli AMANAH masuk PAS

Tak perlu heboh pasal ahli AMANAH masuk PAS

Bagi Naib Presiden PAS, apa yang penting adalah mereka telah kembali kepada PAS.

Datuk-Iskandar-Abdul-Samad-,pas,selangor

PETALING JAYA :
Jumlah ahli-ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mahu pulang ke pangkuan PAS tidak perlu dihebohkan.

Ini kerana menurut Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad, apa yang penting adalah kesediaan mereka untuk kembali kepada parti Islam terbabit.

“Tidak perlu kita mengungkit masa mereka bersama AMANAH. Lupakan sahaja episod tersebut.

“Masa sekarang adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan bekerja untuk menumbangkan BN,” katanya menerusi status di Facebook miliknya.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa bahawa terdapat ahli AMANAH yang mahu kembali kepada PAS kerana tidak yakin dengan parti baharu itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu ditolak oleh Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub.

Salahudin berkata tidak ada tanda-tanda ahli AMANAH akan menyertai semula PAS, sebaliknya berlaku apabila semakin ramai ahli PAS yang menunggu masa untuk meninggalkan parti Islam itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.