JDT lamar pemain import kelab Argentina

JDT lamar pemain import kelab Argentina

Pemain itu dipilih kerana mempunyai nilai yang boleh dianggap sebagai aset Kelab Bola Sepak JDT.

JDT
PETALING JAYA: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengambil seorang lagi pemain import untuk menyertai pasukan itu.

Pemain tersebut, Juan Martin Lucero dari Kelab Argentina Independiente dilamar ekoran mempunya nilai yang boleh dianggap sebagai aset oleh kelab berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan di Facebook Johor Southerns Tigers apabila memohon maaf kepada pengikut kelab itu di atas kelewatan pengumuman pemain import ke empat mereka.

“Kami tidak boleh mengumumkannya tanpa sebarang kertas kerja atau pengesahan.

“Walaubagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami telah menandatangani Juan, Martin Lucero dari kelab Argentina Independiente.

“Kami mempunyai banyak pilihan. Tetapi, kami percaya bahawa dia adalah pemain yang paling sesuai untuk JDT,” kata pengendali laman sosial itu.

Jelasnya, pemilihan Lucero dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa orang kuat Kelab Bola Sepak JDT antaranya Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, Pengurus, Mario Gomez, Penolong Jurulatih, Raul `Scouts’ dan ejen Kelab Martin Prest, Nasir Yusof serta Luciano Figuero.

Katanya, selepas kata sepakat dicapai mereka memutuskan bahawa Lucero adalah pemain terbaik untuk menyertai JDT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.