Isu MB Kedah: Belajar kesilapan mengidolakan Anwar – Zahrain

Isu MB Kedah: Belajar kesilapan mengidolakan Anwar – Zahrain

Duta Besar Malaysia ke Indonesia nasihat tidak terlalu mengidolakan Mukhriz seperti beliau yang pernah terlalu mengidolakan Anwar.

zahrian.mukhriz

PETALING JAYA:
Isu pertukaran Menteri Besar Kedah harus dijadikan iktibar bahawa dalam politik, seseorang tidak boleh terlalu mengidola mana-mana pemimpin.

Perkara itu dinyatakan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang memberi contoh dirinya terpedaya dengan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana terlalu mengidolakan pemimpin itu.

BERNAMA yang menemubual Zahrain di Jakarta turut melaporkan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu sebagai berkata, rakyat negara ini diminta supaya tidak mengidolakan pemimpin kerana keperibadiannya.

“Saya telah melalui pengalaman ini kerana dahulu saya pernah mengidola bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi akhirnya saya sedar bahawa saya tertipu dan diperdayakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu peletakan jawatan Menteri Besar Kedah yang mendapat perhatian media utama di Indonesia, di mana berita yang dilaporkan memberi gambaran kononnya Mukhriz dipecat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.