Azeez: TH rancang bangunkan tanah TRX

Azeez: TH rancang bangunkan tanah TRX

Apabila isu ini dibawa ke Parlimen, selain BNBBC, pembangkang juga mencadangkan agar tanah itu tidak dijual ekoran nilainya yang tinggi.

azeez-trx

KUALA LUMPUR:
Tabung Haji (TH) mengambil keputusan untuk membangunkan tanah Tun Razak Exchange (TRX) dan bukan menjualnya kepada mana-mana pihak.

Pengerusi TH Abdul Azeez Rahim berkata, anak syarikat TH, TH Properties akan bertanggungjawab membangunkan tanah itu, membina pangsapuri mewah.

“Nilai tanah itu sebelum ini adalah RM177.5 juta dan kini ia mencecah RM250 juta. Apabila kita bawa isu tanah ini ke Parlimen, selain BNBBC, pembangkang juga mencadangkan agar tanah itu tidak dijual ekoran nilainya yang tinggi,” katanya merujuk kepada ahli Parlimen Barisan Nasional.

“TH Properties telah diberi tanggungjawab untuk membina sebuah apartmen mewah. Nilai tanah TRX semasa adalah RM2,700 kaki persegi dan dijangka meningkat kepada RM3,100 kaki persegi.”

Beliau juga menambah, Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bagi tanah yang dianggarkan sekitar RM820 juta.

Tahun lalu, Tabung Haji mencetuskan kontroversi apabila membeli tanah seluas 0.64ha di TRX pada harga RM188 juta daripada 1Malaysia Development (1MDB) bertujuan membangunkan sebuah menara kediaman.

Pembelian itu 43 kali ganda harga yang dibayar syarikat sarat hutang itu, untuk plot tanah yang sama, kepada kerajaan persekutuan empat tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.