Tabung Haji disahkan mampu bayar dividen

Tabung Haji disahkan mampu bayar dividen

Ia berdasarkan penyata pendapatan Tabung Haji bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan maklumat interim yang diterima jabatan itu

tabung-haji,dividen

PETALING JAYA:
Lembaga Tabung Haji (TH) mampu membuat pembayaran dividen kepada para pendepositnya.
Perkara itu dinyatakan oleh pihak Jabatan Audit Negara menerusi kenyataan hari ini.

Utusan Online melaporkan, perkara itu diumumkan berdasarkan penyata pendapatan Tabung Haji bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan maklumat interim yang diterima jabatan itu.

Penetapan kadar dividen itu, kata kenyataan berkenaan, adalah di bawah tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

“Merujuk kepada laporan media mengenai keupayaan Tabung Haji untuk membayar dividen kepada pendepositnya dan mengaitkan dengan semakan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara adalah dimaklumkan bahawa semakan sebelum dividen diisytihar merupakan amalan biasa bagi memastikan polisi perakaunan yang diguna pakai adalah konsisten dan mematuhi konsep berhemat,” lapor Utusan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.