“Saya telah diundang oleh Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk melancarkan Liga Bolasepak Belia Komuniti Subang Jaya di SMK USJ 4 petang tadi.
“Malangnya, saya diberitahu pihak sekolah telah menerima arahan daripada pihak tertentu untuk mengarahkan penganjur supaya tidak membenarkan saya berucap,” petik katanya seperti yang ditulis dalam laman sosial, Facebook milik beliau.
Beliau juga mengakui telah menjangkakan perkara itu dan menerima situasi tersebut dengan baik.
“Tidak mengapalah. Saya telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Walaupun tidak berucap, saya sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang. Tahniah dan selamat bersukan saya ucapkan kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan,” tulisnya lagi.
Status beliau telah di dikongsi lebih 800 pengguna Facebook dan dibalas dengan pelbagai komen yang menyokong beliau.
Antaranya, ” Tak pe lah Tan Sri ye..sabar je lah…Allah bersama orang yang sabar…Dah dijemput untuk hal sukan..kalau berucap pun tentu hal sukan juga, apa lah salahnya..nampaknya negara kita dah tak de demokrasi dah…,” kata Sufi Sofiah.
Manakala, pengguna Md Radzi Ahmad menulis, “TS elok tubuh parti baru. Tinggal saja umno najib celaru dan memalukan. Ajak Tun, SA, MM dll. Ajak Ngo lain sertai bersama. Maruah kita amat tercemar di merata dunia. Rakyat dah jemu dgn karenah Najib dan geng dia. Mereka amat rakus. Kes MM di Kedah adalah jelas.Tak perlu tunggu lagi. Tingalkanlah mereka. Dan bena kesatuan yg baru lebih jitu dari yg sedia ada. In sya Allah negara ini akan lebih mantap.”
