BTN dijenamakan semula untuk tangani ancaman negara

BTN dijenamakan semula untuk tangani ancaman negara

Usaha penjenamaan semula BTN bertujuan menjadikan rakyat lebih peka terhadap ancaman keselamatan negara.

azalina,btn

PETALING JAYA:
Proses penjenamaan Biro Tata Negara (BTN) diharap tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Katanya, rakyat perlu saling bekerjasama kerana ia melibatkan isu keselamatan negara yang perlu ditangani secara serius.

“Perbezaan antara kita mesti dilihat sebagai aset dan bukan liabiliti dalam pembinaan negara bangsa dan masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Azalina berkata demikian sebagai mengulas perjumpaan meja bulat yang diadakan di Akademi Kenegaraan BTN bagi melaksanakan perubahan pendekatan BTN dalam usaha meningkatkan semangat patriotik.

Katanya, dari segi proses penjenamaan semula ini, mesyuarat meja bulat akan diadakan dua kali, dan mesyuarat kedua dalam bentuk bengkel akan diadakan pada Feb depan.

Mengulas lanjut, Azalina berkata rakyat juga perlu menjadi mata dan telinga kerajaan bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan negara.

“Antara langkah kerajaan yang dilaksanakan dalam menangani isu ini termasuklah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

“Kerajaan mahu rakyat lebih peka terhadap ancaman keselamatan negara terutama dalam kalangan generasi muda yang dilihat kurang sensitif.

“Ini ditambah lagi dengan perbuatan-perbuatan yang tidak menggambarkan rasa hormat ke atas simbol negara seperti memijak gambar pemimpin dan juga ancaman terkini seperti pengebom berani mati IS dan insiden penculikan di pantai timur Sabah,” ujarnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.