
Pertemuan itu dipercayai dilakukan selepas kepimpinan UMNO Bahagian Kedah sudah hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pertemuan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu menyaksikan Najib tiba pada jam 4.50 petang.
Antara lain kelihatan ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom dan Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Maznah Abd Hamid.
Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Abdul Rahim, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz.
Sebelum ini, barisan pemimpin UMNO Kedah dalam sidang media merayu Perdana Menteri campur tangan bagi mengatasi kemelut kepemimpinan Mukhriz.
Ia dilakukan berdasarkan beberapa dakwaan kelemahan dan ketidakupayaan Mukhriz sejak mengambil alih tampuk pimpinan.
Najib kelihatan beransur daripada pertemuan itu pada jam 5.25 petang.