Malaysia hab penipuan cinta lelaki Afrika – polis

Malaysia hab penipuan cinta lelaki Afrika – polis

Jumlah kerugian akibat aktiviti penipuan berkenaan mencecah RM199 juta tahun lalu

gagak-hitam
PETALING JAYA: Malaysia secara rasminya diisytiharkan hab penipuan cinta lelaki Afrika dengan lebih 1,500 kes dilaporkan tahun lalu, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Comm Murtadza Nazarene.

Bercakap dalam sidang media semalam, Murtadza berkata, polis menerima maklumat daripada Interpol mengenai peningkatan jumlah kerugian hasil penipuan jenis itu yang menyasarkan wanita tempatan.

Menurut Murtadza, jumlah kes penipuan cinta yang dilaporkan tahun lalu adalah sebanyak 1,521 kes, lebih tinggi daripada yang direkodkan pada tahun 2014. Jumlah kerugian yang dicatatkan juga meningkat dengan mendadak, daripada RM52 juta kepada RM199 juta.

Katanya, wanita tempatan yang lazimnya menjadi mangsa adalah ibu tunggal, wanita kesunyian dan golongan profesional. Katanya, segelintir wanita tempatan juga dikesan menjadi anggota sindiket penipuan cinta terbabit.

“Awal bulan ini, polis menahan 13 orang termasuk dua wanita tempatan dalam Ops Tiong di Puchong dan Cyberjaya. Polis juga merampas kad ATM, 36 telefon bimbit, 12 komputer riba dan pelbagai dokumen,” katanya mengikut laporan New Straits Times, hari ini.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.