Polis jamin Batu Caves selamat untuk Thaipusam

Polis jamin Batu Caves selamat untuk Thaipusam

Polis telah mengerahkan anggota melakukan rondaan lebih awal bagi memastikan keadaan di kawasan tersebut terjamin

abu-samah,thaipuham

SHAH ALAM:
Polis Selangor memberi jaminan sambutan Thaipusam di Batu Caves pada 24 Januari ini akan berjalan lancar dan selamat tanpa gangguan kumpulan militan IS.326bd53f-ffa5-4075-9b01-d55a087b500c

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya telah mengerahkan anggota untuk melakukan pengawasan di kawasan sekitar Batu Caves.

“Tentu dalam keadaan sekarang ini kita berjaga-jaga dengan ancaman IS. Sebelum ini juga kita sentiasa beri tumpuan apabila ada acara sebegini.

“Sehingga kini, kini tidak menerima laporan yang khusus. Tetapi kita beri tumpuan agar keselamatan di Batu Caves terjamin. Kita sudah sediakan anggota yang cukup,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, hari ini.

Abdul Samah berkata, pihaknya turut melakukan rondaan lebih awal bagi memastikan keadaan di kawasan tersebut terjamin.

“Kita telah ketatkan kawalan sejak 15 Januari lalu,” ujarnya.

Justeru, orang ramai dan pelancong dalam dan luar negara tidak perlu bimbang keselamatan terancam pada hari berkenaan.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana keselamatan sepanjang perayaan ini terjamin. Kita sudah bersedia,” tegasnya.

Ahad lalu, salah seorang pengguna laman sosial telah memuat naik gambar tiga orang lelaki yang memakai jubah berwarna hitam dan putih di Batu Caves.

Tindakannya itu telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat terutama penganut Hindu mengenai ancaman kumpulan militan IS di Batu Caves.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.