PETEH tunggu dilamar D’Herb

PETEH tunggu dilamar D’Herb

Namun, awal-awal lagi PETEH meminta agar pihaknya dapat mengekalkan warna tradisi pasukan Terengganu dengan warna hitam putih.

pbsnt,dherbs

PETALING JAYA:
Satu lagi syarikat produk kecantikan dan kesihatan bakal masuk senarai menaja kelab bola sepak negeri di Malaysia.

Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (PETEH) dilaporkan menyambut baik cadangan syarikat kosmetik D’Herb Holding (M) Sdn Bhd menjadi penaja Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Hasrat itu disampaikan menerusi setiausahanya, Wan Mohd Azmi Wan Ngah yang menyatakan selama ini kantung PBSNT hanya bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan Terengganu.

“Kami sebagai penyokong menyambut baik jika perkara ini menjadi kenyataan kerana ia sekurang-kurangnya PBSNT tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan negeri.

“Kami tahu, perkara ini baharu di peringkat awal dan kita yakin kehadiran D’Herbs memberi dimensi baharu kepada pasukan Terengganu,” katanya, lapor Berita Harian.

Semalam, PBSNT mengesahkan rundingan awal bersama Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk mendapatkan penajaan bagi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Walau bagaimanapun, PBSNT masih menunggu kata putus daripada Aliff Syukri tentang persetujuan mereka menaja Skuad Penyu, musim ini.

Wan Mohd Azmi juga tidak menolak D’Herbs yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ juga akan mengenakan beberapa syarat.

Namun, awal-awal lagi PETEH meminta supaya pihaknya dapat mengekalkan warna tradisi pasukan Terengganu dengan warna hitam putih.

“Kita difahamkan, D’Herbs mahu menaja Selangor dan antara syarat yang diberikan adalah jersi pasukan gergasi ditukar kepada hijau mengikut warna syarikat,” katanya

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.