IS: Kor Risik, Unit Anti-Keganasan ATM lebih awal beraksi

IS: Kor Risik, Unit Anti-Keganasan ATM lebih awal beraksi

"Ancaman ini bukan sahaja kita tetapi dunia juga berusaha untuk menanganinya. Kita mesti tangani bersama di mana hubungan dengan negara-negara tertentu mesti diperkukuh,"

hishamuddin,tentera

PETALING JAYA:
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melakukan siapsiaga menerusi Kor Risik dan Unit Anti Keganasan ATM yang sudah lama bergerak serta bekerjasama dengan semua pasukan keselamatan bagi menangani ancaman militan.

Menurut laporan BERNAMA itu lagi, Kementerian Pertahanan turut menjalankan diplomasi pertahanan dengan negara tertentu dan mengadakan perkongsian maklumat dengan negara yang telah lama menghadapi ancaman pengganas.

“Ancaman ini bukan sahaja kita tetapi dunia juga berusaha untuk menanganinya. Kita mesti tangani bersama di mana hubungan dengan negara-negara tertentu mesti diperkukuh,” kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada sidang media seusai Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan di Genting Highlands, hari ini.

Ditanya sama ada ATM akan mengerahkan anggota mengawasi kawasan tertentu susulan serangan di Jakarta baru-baru ini, Hishamuddin berkata pihaknya amat bersedia dan hanya menunjukkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Keputusan untuk melibatkan anggota tentera bukan di bawah kita tetapi MKN yang akan menentukan, kita tunggu arahan dan bersandarkan kepada undang-undang negara,” katanya.

Majlis Keselamatan Negara dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.