Akta mengarut tak dapat kekang IS – Mat Sabu

Akta mengarut tak dapat kekang IS – Mat Sabu

Akta mengarut diperkenalkan kerajaan tak upaya atasi keganasan pelampau agama seperti IS, melainkan kaedah pendidikan.

SUBANG JAYA:
Parti Amanah Negara (AMANAH) menegaskan kerajaan perlu menerapkan nilai pendidikan bagi mengekang ekstremisme agama dan bukannya memperkenalkan akta ‘mengarut’.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, akta ‘mengarut’ yang diperkenalkan kerajaan tidak berkeupayaan untuk mengatasi masalah keganasan pelampau agama seperti kumpulan militan Negara Islam (IS).

“Kekang keganasan dengan pendidikan dan demokrasi dan sebagainya. Tidak perlu akta baharu. Akta lama pun mengarut. Akta Hasutan juga mengarut,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Retreat Kepemimpinan DAP Kebangsaan di sini, semalam.

Jelas Mohamad atau Mat Sabu, AMANAH menolak sebarang bentuk ekstremisme dan keganasan.

“Apa yang melibatkan dengan orang awam kita tidak setuju. Jakarta, Paris… kita tidak setuju. Kita tidak setuju konsep IS. Negara Islam kita terima, tetapi konsep dia (IS) kita tidak terima. Kami memilih demokrasi dan pilihan raya,” ujarnya.

Khamis lalu, tujuh maut dan 20 orang cedera dalam insiden pengeboman di Jakarta, yang mana IS mengaku bertanggungjawab dalam peristiwa berkenaan.

Bagi membendung ancaman keganasan, beberapa akta baharu diperkenalkan Putrajaya seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA), Akta Pencegahan Keganasan (POTA), dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.