Mat Taib masih setia, walaupun dikritik

Mat Taib masih setia, walaupun dikritik

Muhammad yang kini berjuang bersama PKR enggan mengulas mengenai dakwaan yang dibuat Sultan Selangor terhadap beliau

Mat-Taib_sultan_selangor_600

SHAH ALAM:
Kritikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib tidak menjejaskan kesetiaannya kepada penaung negeri itu.

Malah, beliau akan sentiasa menyanjung tinggi dan menghormati baginda sebagai pemerintah Selangor.

“Sebagai rakyat Selangor, saya harus taat kepada Sultan. Saya duduk di Selangor, taat setia kepada Sultan Selangor,” ujarnya dalam wawancara eksklusif bersama FMT di kediamannya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Muhammad yang kini berjuang bersama PKR enggan mengulas mengenai dakwaan yang dibuat Sultan Selangor terhadap beliau, seperti yang dilaporkan dalam Mingguan Malaysia bertarikh 13 Disember.

“Itu, saya tidak mahu komen,” katanya ringkas.

Dalam wawancara itu, baginda berkata pentadbiran Muhammad sebagai Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997 menyaksikan penganugerahan darjah kebesaran secara mudah dan sesuka hati, hanya dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tanpa melalui Dewan Diraja.

Baginda turut mengakui tidak menghormati Muhammad kerana didakwa mengaut kekayaan ketika aktif berpolitik dan sikapnya yang sering melompat parti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.