“Bagi saya, kalau mereka tidak mahu bekerjasama, tidak payah sampai merayu,” ujar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam sidang media selepas mesyuarat EXCO Pemuda UMNO Malaysia, di sini, hari ini.
Dengan ketetapan itu, Pemuda UMNO juga telah menolak cadangan supaya Majlis Syura Ulama PAS mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan UMNO bagi merintis semula kerjasama antara kedua-dua parti.
Malah, Khairy berkata Pemuda UMNO sebenarnya tidak merancang untuk bergabung dengan parti Islam itu.
“Kita sedia untuk duduk berbincang kalau ada isu melibatkan kepentingan bangsa, agama dan negara.
“Tetapi di peringkat Pemuda UMNO tidak ada apa-apa kerjasama formal dengan PAS,” katanya.
