
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sambil menyatakan pihaknya gembira kerana semua pihak boleh menerima formula yang diputuskan sebelum ini.
Malah, penelitian sudah dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan perbincangan yang diadakan berjalan dengan lancar.
“Saya gembira semua pihak menerima hakikat ini dan kita sudah membuat keputusan. Ini bukan soal kuasa… bukan soal jumlah kerusi tapi tanggungjawab besar semua yang berkaitan kepada pembayar cukai,” katanya yang dipetik dari laman portal Sinar Harian Online.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita sama ada wujud ruang perbincangan ekoran Parti Amanah Negara (AMANAH) mahukan kerusi lebih, Azmin menjawab perbincangan sudah dilakukan dan pihaknya sudah membuat keputusan.
Beliau menjelaskan, tanggungjawab terhadap khidmat kepada rakyat perlu diberi tumpuan ketika ini.