Sivaarrajh beri amaran pada Khalil Abdul

Sivaarrajh beri amaran pada Khalil Abdul

Sivarraajh menegaskan MIC akan terus berusaha mendapatkan keadilan bagi kes Indira Gandi dan semua kes lain yang serupa dengannya.

Sivarraajh_khalil-abdul-hadi_indra_600

PETALING JAYA:
Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan C.Sivarraajh menyelar kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas, Khalil Abdul Hadi sebagai menghina dan tidak sopan.

Ia berikutan tindakan Khalil yang mempolitikan isu penafian hak penjagaan anak-anak kepada Indira Gandhi daripada bekas suaminya, seorang mualaf sebagai kemenangan kepada Islam.

“Dakwaan bahawa penafian hak-hak penjagaan kepada Indira tersebut sebagai kemenangan untuk Islam satu kenyataan yang murah.

“Ini bukan soal mencabar kesucian Islam tetapi mengenai hak rakyat rsebuah negara berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Saya memberi amaran kepada Khalil Abdul supaya tidak menyebabkan sebarang ketegangan kerana sikap ekstremnya.

“Orang-orang seperti Khalil Abdul yang menghasut dan menanamkan pemikiran negatif dalam mempengaruhi keharmonian yang kita miliki sebagai rakyat Malaysia,” kata Sivarraajh dalam satu kenyataan kepada FMT.

Sehubungan itu, Sivarraajh menegaskan MIC akan terus berusaha mendapatkan keadilan bagi kes Indira dan semua kes lain yang serupa dengannya.

MIC juga akan bersama Indira hingga ke akhir dalam memastikan wanita itu mendapat keadilan selain memastikan kes ini menjadi rujukan kepada semua isu-isu yang sama pada masa hadapan.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi telah memberikan hak penjagaan anak-anak kepada Indira.

Mohd Riduan Abdullah atau sebelum ini dikenali sebagai Pathmanathan telah menukar agama tiga anaknya tanpa kebenaran dan pengetahuan Indira.

Dia juga didakwa telah merampas salah seorang anaknya walaupun bertentangan dengan undang-undang selepas tidak diberi hak penjagaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.